Seminar Arbiter MCF Kebangsaan 2015 +Swiss Manager

Posted on May 5 2015 - 10:10am by Web Admin

Persekutuan Catur Malaysia (MCF) akan menganjurkan  satu seminar pengadilan catur bertaraf Kebangsaan  – MCF National Arbiter’s Seminar selama 3 hari mulai dari 30hb May 2015 sehingga 1hb Jun 2015 bertempat di Politeknik Merlimau Melaka, Melaka.  Seminar akan disampaikan oleh International Arbiter (IA) Chan Kwai Keong (HK).

Seminar ini terbuka kepada peminat , pemain dan pegawai catur tanahair yang berhasrat untuk mendapat pengiktirafan sebagai pengadil/arbiter bertaraf Kebangsaan (National Arbiter N.A).  Penyertaan serta kelulusan ujian peringkat ini merupakan kriteria wajib yang perlu dipenuhi sebelum pengiktiran rasmi dapat diberikan oleh Badan Induk Catur Kebangsaan (MCF) dan Badan Induk Catur Dunia (FIDE).

Pengiktirafan sebagai seorang pengadil bertaraf Kebangsaan (National Arbiter N.A) ini antara lainnya akan dapat membuka ruang untuk seseorang pengadil/arbiter catur dipilih/dijemput bertugas dikejohanan-kejohanan catur bertaraf Kebangsaan (National Rated) dan Antarbangsa (FIDE Rated)  yang dianjurkan didalam negara.

Sila muat turun borang dan keterangan lanjut di sini.

Sabtu 30 Mei 2015
Time Description
0900-1300 Laws of Chess
1400-1700 Laws of Chess
2000 -2200 Laws of Chess
Ahad 31 Mei 2015
Time Description
0900-1300 Tournament Rules
System of Games and Tie Breaks Rules for Competitions with Disabled Players
Regulations for the Titles of Arbiters and Use of Electronic Clocks
1400-1700 Swiss System and Pairing Rules
2000-2200 Swiss-Manager pairing system for Individual Tournament
Specific FIDE Tournament Regulations for use in Individual Tournaments
Isnin 1 Jun 2015
Time Description
0900 -1300 Swiss Manager pairing system for Team Tournaments
Specific FIDE Tournament Regulations for use in Team Tournaments
1400 -1700 MCF procedures for National Rating events
Examination/Debrief/Results/Departure

Permohonan penyertaan melalui pesanan ringkas atau telefon tidak dilayan.