Lawatan Mesra dan Kunjung Hormat oleh SCA ke Pejabat KBS

Posted on Mar 4 2016 - 10:15pm by Web Admin
Lawatan SCA ke KBS Sabah

En. Muammar Julkarnain, selaku Presiden SCA menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Damit bin Awang Anak, Setiausa Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah.

4 Mac 2016, Kota Kinabalu – Satu lawatan mesra dan kunjung hormat Persatuan Catur Negeri Sabah (SCA) yang diketuai oleh Presiden SCA sendiri, En. Muammar Julkarnain serta Ahli Jawatan Kuasanya telah dilakukan pagi ini di Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah (KBS).

Lawatan telah disambut oleh Tuan Haji Awang Damit bin Awang Anak, Setiausaha Tetap KBS Sabah.

Ia bagi membincangkan mengenai hubungan yang sedia terjalin dan melihat peluang-peluang baru serta pembangunan sukan catur di negeri itu di samping berkongsi laporan kemajuan persiapan sempena menjadi tuan rumah Kejohanan Catur Malaysia 2016 yang akan diadakan dari 16 hingga 20 Mac ini.

Sumber: Persatuan Catur Negeri Sabah